10 Cara galakkan anak makan buah dan sayuran.

   
  Sudah terlalu biasa kita dengar perihal kanak-kanak yang enggan makan sayuran dan buah-buahan. Jika perkara ini terjadi kepada anda, pasti anda buntu memikirkan anak anda akan kekurangan nutrisi. Usah bimbang mari saya kongsikan beberapa maklumat untuk mengalakkan anak makan sayuran dan buah-buahan.

10 Cara bantu anak makan sayur dan buah-buahan.

  1. Pastikan rumah anda sentiasa ada buah-buahan segar seperti pisang,epal,pear dan limau.Susun buah-buahan tersebut di dalam bakul cantik dan letakkan di atas meja. Cara ini boleh membangkitkan selera anak untuk menikmatinya. Bagi buah-buahan yang besar seperti tembikai,betik dan jambu, bolehlah di potong kecil-kecil lalu masukkan ke dalam peti sejuk agar sentiasa segar dan sedap di makan.
  2. Jangan lupa hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap kali waktu makan. Ketika makan tengahhari,beri anak makan buah-buahan dahulu sebelum makanan utama.Semasa bersarapan pula,anda bolehlah meletakkan potongan buah-buahan yang berwarna warni pada bijirin sarapan paginya. Anak tentu akan lebih berselera menikmati makanannya.
  3. Sekiranya anda sekeluarga makan di luar,pastikan menu yang anda pilih mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.
  4. Semasa membeli buah-buahan dan sayur-sayuran,tanya anak buah atau sayur apa yang mereka gemari dan belikan. Inilah salah satu cara untuk mengalakkan anak makan buah tersebut.
  5. Galakkan seisi keluarga makan buah-buahan dan sayur-sayuran.Bukan hanya si kecil,anda sebagai ibu bapa perlulah terlebih dahulu menjadi contoh,barulah anak-anak mengikut arahan anda tanpa mempertikaikannya.
  6. Hidangkanbuah-buahan dan sayur-sayuran dengan cara yang kreatif agar anak terpikat melihatnya dan berselera untuk menikmati makanan tersebut. Contohnya,potong sayur dan buah-buahan dalam pelbagai bentuk menarik. Buatkan seperti bentuk bintang,bulan,bola,empat segi dan bunga.
  7. Jangan mudah berputus asa jika anak menolak buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda berikan padanya. Ingat usaha tangga kejayaan.
  8. Beri anak buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut citarasanya. Jika dia sukakan sayur-sayuran yang di masak terlebih dahulu,masaklah dan jangan sesekali beri padanya sayur mentah. Begitu juga buah-buahan,jika gemar buah-buahan dalam bentuk puri,apa kata anda kisar buah-buahan tersebut. Buah-buahan yang di kisar boleh juga di jadikan jem.
  9. Buah-buahan dan sayuran tidak semestinya di makan begitu sahaja. Anda boleh hidangkan buah-buahan dan sayuran bersama yogurt atau coklat.
  10. Sekiranya anda mempunyai kawasan atau tempat untuk menanam sayuran dan buah-buahan,ajak anak bersama-sama menanamnya. Biarkan dia menjaga,menyiram dan membaja. Setelah sayur-sayuran atau buah-buahan tersebut matang,biarkan dia memetiknya.Tugas anda hanyalah menyediakan hidangan berdasarkan citarasanya. Tentu dia akan rasa lebih teruja untuk menikmati makanan tersebut.
Produk Shaklee juga terdapat Set Vitamin Khas untuk kanak-kanak.

Set Anak Sihat dan Pintar terdiri daripada ; 
Untuk penerangan yang lebih lanjut berkenaan fungsi setiap produk yang terdapat dalam set anak sihat dan pintar saya akan terangkan di entry yang akan datang yer..InsyaAllah…

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d093e56ef752adba41e5eaf26d1960a7
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Sila lihat Disclaimer
**Usah bimbang berkenaan dengan harga, kerana saya menyediakan harga mengikut budget anda. 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin Semulajadi Shaklee anda, saya adalah pengedar sah anda seluruh Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:-

Nama: Mahligai Vitamin @ Eita (ID SHAKLEE:1081587)

Email : mahligaivitamin@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 012-7555470
DAN

DAN
“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?? Hubungi saya juga!!.Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan !. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih di perlukan !. Dan anda juga akan di jemput ke group Ekslusif di Facebook”

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge