10 Makanan Naikkan HB Ibu Hamil Ibu Mengandung Dengan Pantas

Makanan naikkan HB Ibu Hamil ni sebenarnya ada pelbagai,kalau google pun mesti berderet senarai yang keluarkan. Cuma Cheta harini nak senaraikan 10 jelah makanan naikkan HB ibu hamil . Semoga apa yang Cheta share ni sedikit sebanyak dapatlah membantu ibu-ibu hamil di luar sana untuk mengatasi masalah HB rendah mereka.

Memang betul sebenarnya ramai ibu-ibu hamil yang ada masalah HB rendah ni, walaupun situasi ini agak biasa terjadi namun sebenarnya masalah ini tidak boleh di biarkan sewenangnya .

Bacaan HB untuk wanita hamil sepatutnya 11g/dl…

 

BAHAYA HB RENDAH SEWAKTU HAMIL

 

 

10 Makanan Naikkan HB Ibu Hamil

 

1) Daging Merah – Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu mengatasi anemia..

 

2) Brokoli – Brokoli mengandungi vitamin,zat besi dan folat.
Brokoli mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit
dan melawan sebarang jangkitan.

3) Pisang – 2 biji pisang setiap hari di katakan sangat baik untuk wanita hamil
ini kerana Folat yang terkandung dalam pisang boleh membantu      dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel2 baru.

 

4) Kekacang – Kekacang adalah salah satu sumber untuk cegah anemia dan
bagus untuk tambah darah. Ambillah kekacang sebagai snek
penganti makanan ringan.

 

5) Hati Ayam – Hati ayam di percayai dapat menambah kepekatan     darah,namun
jangan pula di ambil terlalu kerap kerana ia merupakan organ
dalaman yang tidak elok untuk otak.

 

6) Bayam – Bayam merah @ hijau adalah sayuran terbaik untuk ibu hamil,
kerana ia menyerap zat besi dan Folat untuk memerangi anemia.

 

7) Kerang – Kerang juga antara makanan yang di cadangkan sekiranya ibu hamil menghidap anemia,namun usah di ambil terlalu kerap kerana ia di katakan bertoksik.

 

8) Telur – Telur bahagian kuning sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah.

 

9) Oat – Oat walaupun rasanya tidak ler berapa sedap, tapi oat memberikan mineral termasuk zat besi pada tubuh. Oat juga merupakan serat dan mudah untuk di cernakan.

 

10) Buah delima – Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah,kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.

 

Selain itu ibu hamil juga perlu mengelakkan minuman berkafein, ini kerana kafein boleh menganggu penyerapan zat besi.

Kalsium juga boleh menganggu penyerapan zat besi, sebab itu ibu hamil tidak di galakkan mengambil pil zat besi dengan minuman susu.

Juga elakkan dari minum susu sejam sebelum dan selepas pengambilan pil zat besi.

Kalsium seeloknya di ambil sebelum tidur agar dapat berfungsi untuk penambahan darah.

 

Selain itu, perbanyakkan juga makan makanan yang kaya dengan Vitamin C untuk bantu penyerapan Zat besi.

Untuk hasil yang pantas dan maksima,ibu hamil di galakkan mengambil pil zat besi bersama-sama dengan vitamin C agar penyerapan lebih mudah dan pantas.

 

Hubungi Cheta sekarang;

Cheta Eita

HP Num; 6012.7555.470

Wassap: www.wasap.my/60127555470/VitaminNaikkanHb

FB: Cheta Eita

FP: Kedai Vitamin Shaklee Pontian Johor

Web:mahligaivitamin.com

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge