HB rendah atau Anemia adalah fenomena biasa bagi ibu mengandung atau ibu hamil. Namun janganlah sesekali biarkan situasi itu tidak langsung di tangani.Sebab apa? haa wajib baca artikel ni sebabnya Cheta nak share 12 risiko HB rendah sewaktu hamil.
Kebelakangan ini ramai juga ibu-ibu hamil yang menghubungi Cheta mengadukan tentang masalah HB rendah ni…
ada tu lepas check blood test,terus call katanya baru lepas kena marah dengan nurse sebab bacaan HB semakin drop..uhuhuhuu..kesian Cheta mendengar nya..
Tapi tak kan masalah HB rendah @ lebih di kenali dengan anemia sewaktu mengandung ni nak di biarkan berterusan je kan…
Yang penting kena tau dulu apa itu anemia sewaktu kehamilan atau HB rendah ni..
Apa Itu Anemia??
Semasa kehamilan badan ibu-ibu hamil menghasilkan banyak darah untuk membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan.
Bila seseorang ibu itu hamil,ia berkemungkinan menghidap anemia. Bila ibu hamil menghidap anemia,apa yang terjadi ialah darah si ibu tidak cukup menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk mengangkut oksigen pada tisu-tisu dan juga seterusnya kepada bayi.
Jika si ibu tidak mendapat cukup iron atau keperluan nutrien yang lain badan si ibu tidak akan mampu untuk menghasilkan sejumlah sel darah merah yang akan menghasilkan pertambahan darah ini.
Anemia atau HB rendah akan menyebabkan Si Ibu berasa mudah penat,letih dan lemah.
Jika ia di biarkan berterusan tanpa rawatan,kemungkinan ia akan menyebabkan kelahiran pra matang.
3 Jenis Anemia Sewaktu Hamil
1) Anemia Disebabkan Kekurangan Iron
Anemia jenis ini terjadi bila badan tidak dapat menghasilkan sejumlah Hemoglobin yang mencukupi.
Dalam sel darah merah terdapat protein, Ia membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan yang lain.
Dalam keadaan Anemia yang di sebabkan kekurangan Iron,darah tidak dapat membekalkan cukup oksigen kepada tisu seluruh badan.
Kebanyakkan Anemia yang terjadi sepanjang tempoh kehamilan adalah di sebabkan kekurangan Iron.
2) Anemia Disebabkan Kekurangan Folat
Folat ialah vitamin semulajadi yang di jumpai pada sesetengah makanan seperti sayuran berdaun hijau.
Badan memerlukan folat untuk menghasilkan sel baru, termasuklah Sel Darah merah yang sihat.
Semasa mengandung ,ibu memerlukan lebih folat. Tapi kebiasaannya ibu tidak dapat cukup bekalan folat dari diet harian mereka.
Bila keadaan seperti itu terjadi,badan ibu tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk membekalkan oksigen pada tisu seluruh badan.
Disebabkan itu jugalah ada di tekankan pengambilan Folic Asid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang kehamilan.
Kekurangan folat,boleh menyebabkan kecacatan tube neural ( Spina Bifida) di mana tulang belakang bayi terkeluar dari kedudukan asal dan juga mempunyai risiko kekurangan berat badan bayi sewaktu di lahirkan.
6 Vitamin Wajib Untuk Ibu Hamil (KLIK SINI)
3) Kekurangan Vitamin B12
Badan memerlukan vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.
Bila ibu hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 dalam dietnya,badannya tidak akan mampu untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.
Ibu hamil yang tidak makan daging,ayam,produk tenusu,dan telur lebih terdedah risiko kekurangan vitamin B12.
Di mana ia boleh menyebabkan kecacatan tiub neural dan terdedah pada risiko kelahiran pra -matang.
Kehilangan darah semasa dan selepas kelahiran juga menyebabkan anemia terjadi.
7 Punca Masalah Anemia Boleh Berlaku
6 Risiko Anemia Sewaktu Hamil
6 Simptom Anemia Sepanjang Kehamilan
6 Risiko Anemia @ HB Rendah Pada Ibu
6 Risiko Anemia @ HB Rendah Pada Bayi
Ada sebarang masalah untuk dikongsi bersama..bolehlah klik gambar di bawah untuk direct wasap terus pada Cheta yer…
Hubungi Cheta sekarang;
Cheta Eita
HP Num; 6012.7555.470
Wassap: www.wasap.my/60127555470/SetHamilAnemia
FB: Cheta Eita