tanda awal kehamilan vitamin ibu mengandung vitamin ibu hamil shaklee set hamil

12 Tanda Awal Kehamilan Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

Tanda awal kehamilan,memang selalu menjadi tanda tanya pada bakal ibu yang pertama kali melalui fasa kehamilan atau mengandung. Yupp sudah tentu bakal ibu akan merasa teruja untuk mengetahui apakah diri kini sudah hamil atau tidak.

12 Tanda Awal Kehamilan Yang Perlu Bakal Ibu Ketahui

 

Sebelum mengetahui diri anda hamil,dan sebelum mula mengunakan pregnancy test, ada tanda awal kehamilan yang perlu bakal ibu ketahui, di sini Cheta senaraikan 12 tanda awal kehamilan tersebut.

Sebenarnya tanda awal kehamilan ini ,mungkin berbeza bagi setiap individu,bahkan jangan terkejut tau,ada juga tanda awal kehamilan yang berbeza-beza untuk setiap anak pun ada.. so yang Cheta share ni tanda-tanda yang biasa terjadi pada bakal ibu. So jom kita semak…

1.Lewat Datang Haid 

Bila mana haid anda berada dalam kitaran yang tetap setiap bulan,dan tiba-tiba pada bulan berikut haid anda terlewat, ia adalah salah satu petanda yang mungkin memberitahu yang anda kini hamil. Untuk kepastian anda di sarankan untuk melakukan test kehamilan @ pregnancy test, yang banyak di jual di farmasi-farmasi,guardian atau watson..ehh kedai ECO RM2 pun ada tau.. 😆 boleh ler try test..hihihi..

Kalau keluar 2 line yang terang tu maknanya TAHNIAHHH…anda hamil. Tapi ada juga tau pengalaman Cheta line kedua tu kabur je macam gambar kat bawah tu, so apa yang Cheta buat ialah tunggu lagi dalam 2 minggu lagi gitu, maybe hormon HCG masih tak banyak itu sebablah line tu blur-blur gitu.hihi Cheta jadi masa pregnantkan anak sulung. Bila repeat lepas 2 weeks tu,barulah clear giler tau..so apa lagi rasa nak lompat bintanglah daku hiihihi.. :mrgreen: al maklumlah kahwin dah nak dekat setahun barulah ada rezeki..mau tak happy di buatnya.

tanda awal kehamilan vitamin ibu mengandung vitamin ibu hamil shaklee set hamil

2. Keletihan

Kalau kebiasaannya anda buat kerja tak reti nak stop, tapi tetiba jer,anda rasa macam lemah,lembik,buat kerja sikit cepat kepenatan. Pantang pula bila duduk atau baring mudah pula terlelap ketiduran.Maka dah bolehlah bersyak wasangka bahawa diri kini berbadan dua. 😀

3. Sensitif Pada Bau-Bauan

Yang ni awal kehamilan memang deria bau ibu hamil akan jadi terlampau sensitif. Masa Cheta dulu,Cheta tak boleh bau nasi tengah masak,malahan langsung tak boleh makan nasi putih tau.Ini masa pregnantkan anak sulung. Masa anak kedua ,tak boleh bau sambal tumis dan masa anak ketiga Cheta tak boleh bau badan husband..hahahha.Tak busuk pun,.. 😆 hahahaha..walaupun baru lepas mandi ke tetap sama..hihi mujur husband memahami..

4.Morning Sickness/Mabuk/Loya

tanda awal kehamilan vitamin ibu mengandung vitamin ibu hamil shaklee set hamil1

Bila terasa,tekak tak sedap,rasa loya nak muntah,pening-pening lalat tu.Ketahuilah bahawa yang anda kini telah hamil. Tahap morning sickness atau mabuk hamil ini juga berbeza-beza,namun ada juga sesetengah wanita yang tidak mengalami morning sickness.

“Bagaimanapun, ada juga ibu yang mengalami mabuk hamil paling teruk. Keadaan ini dipanggil gravidarum hiperemesis (loya dan muntah yang teruk semasa hamil trimester pertama sehingga mengakibatkan asidosis iaitu keadaan asid darah yang kurang daripada pH 7.3, dehidrasi dan susut berat badan). Mereka mungkin bermula dengan kehamilan yang tenang, tetapi berubah selepas beberapa minggu,”

Testimoni Set Vitamin Ibu Hamil Shaklee(Klik Sini)

Jelas Dr Nurhazinat, mabuk hamil yang menyebabkan wanita muntah dua atau tiga kali sehari adalah situasi biasa. Mereka yang berdepan keadaan ini hanya perlu mengubah diet harian supaya bersesuaian dengan selera dan keadaan tubuh.

5.Sensitif Pada Makanan

Jangan terperanjat kalau tiba-tiba  anda tidak mampu untuk menjamah makanan kegemaran anda,bahkan ada juga kes di mana makanan yang selama ini tidak pernah di sentuh atau tidak di gemarinya,telah menjadi makanan kesukaannya pula.Aneh tapi benar 😆

6.Mood Berubah /Mood Swings

Mood tetiba jadi berubah,anda lebih sensitif,mudah terasa. Ada masa anda boleh happy,dan sekelip mata juga tiba-tiba anda boleh mengalirkan air mata. Suami kenalah lebih memainkan peranan,dan lebih memahami. Relax tenangkan hati,bagi yang muslim bolehlah amalkan selawat,zikir serta baccan Al quran yang mendamaikan. Amalkan juga deep breathing,boleh search di Youtube dan juga google.

7.Payudara Rasa Tak Selesa

Payudara rasa sangat tak selesa,rasa penuh,rasa membengkak. Time ni kalau Cheta lah nak keluarkan signal “PLZZ DONT TOUCH ME” hahahaha…seriusss 😥 ..Payudara rasa tak selesa,al maklumlah badan kita tengah prepare tempat menyusu untuk bayi kan. So banyakkanlah bersabar yer..

tanda awal kehamilan vitamin ibu mengandung vitamin ibu hamil shaklee set hamil2

 

8. Areola Membesar Dan Berwarna Gelap.

Bahagian areola bakal ibu akan membesar dan berwarna kegelapan.Bagian tubuh ini mengandung banyak kelenjar, salah satunya kelenjar Montgomery. Kelenjar ini menghasilkan minyak berfungsi sebagai pelincir serta pelindung bagi areola dan puting susu. Kelenjar ini juga nantinya yang akan mengalami pembesaran selama masa kehamilan dan menyusui.

9.Kerap Membuang Air Kecil

2 atau 3 minggu selepas pembenihan,bakal ibu akan terasa kekerapan untuk buang air kecil meningkat.Ini kerana peningkatan hormon HCG,yang meningkatkan peredaran darah ke buah pinggang,sangat membantu badan kita untuk lebih cekap untuk membuang kumuhan dalam tubuh kita dan juga bayi nanti. Lagipun bilamana perut kita makin membesar nanti ,ruang perkumuhan kita akan semakin mengecil,itu yang membuatkan kita akan kerap ke tandas.

Vitamin Ibu Hamil Trimister 1 (Klik Sini)

10. Rasa Perut Kembung Berangin

Di awal kehamilan ,kadang tu ada bakal ibu yang merasakan perut mereka kembung,dan berangin. Keadaan ini ialah tanda biasa di awal kehamilan.Bakal ibu di nasihatkan untuk lebih berhati-hati memilih makanan,dan kerap makan makanan berserat seperti sayuran dan buah-buahan.

11. Kenaikan Suhu Badan 

Jika bakal ibu mengunakan termometer untuk meng”Check” suhu badan sewaktu Ovulasi,pasti bakal ibu akan perasan ada kenaikkan suhu sebanyak 1 degree di awal pagi.

tanda awal kehamilan vitamin ibu mengandung vitamin ibu hamil shaklee set hamil3

12.Pendarahan

Terkadang ada sesetengah bakal ibu yang mengalami pendarahan awal,“light spotting” pada 6 hingga 12 hari selepas penempelan embrio di ikuti dengan perut rasa cramp atau kejang seperti sengugut.

Maka itulah tadi kesemua 12 tanda-tanda anda bakal menjadi ibu,bila dah confirm jangan lupa ke doktor untuk start buat buku pink tau.

Cheta Eita

HP Num; 6012.7555.470

Wassap: www.wasap.my/60127555470/NakSetHamilShaklee

FB: Cheta Eita

FP: Kedai Vitamin Shaklee Pontian Johor

Web:mahligaivitamin.com

Youtube: http://bit.do/YoutubeChetaEita

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge