Ibu-ibu tahu tak sebenarnya ada 5 jenis senaman yang boleh membantu menaikkan HB Ibu mengandung ni…
Kebiasaannya ibu-ibu hamil lebih terdedah kepada Jenis-jenis makanan yang boleh menaikkan HB Ibu hamil
ataupun lebih kepada Vitamin Yang Mampu Membuatkan HB Ibu Hamil Berada Di Paras Normal..
Penting bagi seorang ibu hamil untuk pastikan bacaan HB nya berada di paras yang normal agar Ibu Hamil Dan Bayi Tidak Terdedah Kepada Bahaya Yang Di Sebabkan Oleh Masalah Anemia..
Walaupun ibu kini sedang hamil…tapi sebolehnya cubalah untuk kekal aktif, namun sebarang aktiviti fizikal perlu terlebih dahulu minta pandangan dari doktor…dan juga perlu pastikan aktiviti yang ibu buat itu tidak membahayakan ibu dan juga bayi dalam kandungan…
Senaman di masa kehamilan membantu menghindarkan ibu-ibu daripada:-
1) Pening kepala
2) Stress dan kemurungan
3) keletihan dan tidak bermaya.
4) Kesakitan di bahagian pelvic
5) Sakit pinggang
6) Sembelit
7) Kekejangan dan kaki bengkak.
Jom semak 5 Jenis Senaman ni…
1) Berjalan Kaki @ Jogging
Tak perlulah sampai nak berjogging sampai 10 pusingan padang pun..uhuhu..pengsan mak nanti…cukup sekadar berjalan kaki..
Sebenarnya pergerakan itu yang kita mahu..pergerakan itu membantu dalam penghasilan sel darah merah dan seterusnya hemoglobin..
Namun sebelum memulakan perjalanan atau senaman tu pastikan ibu-ibu mengunakan kasut yang bersesuaian dan juga melakukan pemanasan badan terlebih dahulu yer..
2) Menari
3) Mengayuh Basikal
4) Berenang
Ini serius besttt….dapat berenang-renang…menenangkan diri…fresh rasakan…
Berenang mampu untuk meningkatkan kadar dengupan jantung dan juga membina ketahanan badan.
Makin banyak ibu-ibu bergerak semakin banyak tubuh akan membina sel darah merah.
5) Yoga
Yoga bukan sahaja menenangkan bahkan ia juga di katakan mampu untuk menaikkan HB ibu hamil…
Pelajari teknik Yoga yang betul…dan ia InsyaAllah sangat membantu…di sini Cheta share video teknik Yoga yang betul …
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua…
Nak berkongsi cerita dengan Cheta just klik gambar di bawah yer…
**Sumber
1) https://www.womenfitness.net/yoga-healing-anemia/
2) https://www.curejoy.com/content/exercise-to-increase-hemoglobin/
thanks for the info sis..baru tahu ada senaman untuk naikkan hb