Apa Itu Vitamin??

Hampir setiap dari kita pernah mengambil vitamin,tidak kira lah apa tujuannya sekalipun,ada yang mengambil vitamin untuk memelihara kesihatan,untuk kecergasaan dan tidak kurang juga untuk kecantikkan. Vitamin dan ubat adalah dua perkara yang berbeza..jom kita lihat apa perbezaan di antara vitamin dan ubat.

Ok dah jelaskan sekarang apa perbezaan di antara vitamin dan ubat. Sekarang kita teruskan pula dengan penjelasaan lebih lanjut berkenaan vitamin.
Apa itu Vitamin??

Vitamin adalah bahan organik yang sangat di perlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal,pengawalan kesihatan,dan pencegahan penyakit.Vitamin juga dikenali sebagai mikronutrien,ia sangat membantu pertumbuhan proses protein,karbohidrat dan lemak dalam badan anda.

Sesetengah vitamin membantu tubuh kita menghasilkan sel-sel darah dan hormon,kerana biasanya tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.

Oleh sebab itu anda perlu mendapatkannya,sama ada daripada makanan atau supplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Namun anda perlu faham bahawa vitamin bukan penganti makanan harian anda.lebih-lebih lagi makanan yang kaya dengan nutrien.

Jadi,bagaimana?? Baguskan vitamin ini,lebih-lebih lagi sekarang gaya hidup kita yang sibuk,tergesa-gesa dan banyak mengejar masa menyebabkan kita tidak sempat untuk mengambil makanan-makanan yang berkhasiat.

Jenis-Jenis Dan Fungsi Vitamin

Larut Dalam Lemak:-

Vitamin A
Fungsinya:- Mengalakkan pertumbuhan tulang,pertahanan terhadap penyakit,memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

Vitamin D
Fungsinya:– Pertumbuhan normal,meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan mengalakkan penyerapan kalsium dalam usus,menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin E
Fungsinya:- Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak,mengekalkan pertumbuhan normal,mengalakkan metabolisme, mengekalkan struktur paru-paru,hati dan membran sel darah merah. Sebagai antioksidan, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah
penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Larut Dalam Air

Vitamin C
Fungsinya:- Membantu mempercepatkan penyembuhan luka,menjaga sistem kekebalan tubuh,menyerap zat besi,membentuk tulang dan gigi.

Vitamin B ( B1,B2.B5,B6,B12)
Fungsinya:– Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan,pencernaan,menjaga tisu mata,dan membantu proses metabolisme.

Boleh di katakan hampir kesemua makanan mempunyai vitamin,namun yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.Namun vitamin boleh hilang jika ia di masak dengan suhu yang tinggi dan terlalu lama.

  • Tomato– kaya dengan vitamin A,C, serat dan juga zat besi.
  • Avokado – Kaya dengan khasiat protein,kalsium, zat besi,vitamin A dan C
  • Pisang – Vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
  • Nenas – Vitamin A,B dan C
  • Telur,Susu,Hati – Menyediakan vitamin A
  • Kekacang dan daging – Sumber kepada vitamin B1
  • Keju,Putih Telur dan Yougurt – Menyediakan vitamin B2
  • Ubi kentang,Sardin,dan tuna – Sumber untuk vitamin D
  • Sayuran berdaun hijau, kacang soya dan gandum – kaya dengan vitamin E
  • Kubis dan daun salad – Penyumbang kepada vitamin K. 
Kami di shaklee mempunyai rangkaian supplemen yang lengkap untuk memenuhi keperluan supplemen harian anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Produk Supplemen Shaklee Sila klik SINI
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee anda,saya adalah  wakil pengedar sah anda seluruh malaysia. Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:

Nama: MaMa Zaralisha @ Mahligai Vitamin @ Eita

Emel: b_chantique@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 011-25811513


“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?? Hubungi saya juga!!.Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan !. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih di perlukan !. Dan anda juga akan di jemput ke group Ekslusif di Facebook”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge