Ayam Madu Berempah BBQ Di Malam Raya

Assalamualaikum…

Seminggu dah syawal berlalu…salam lebaran buat semua. Saja nak berkongsi cerita…malam raya yang lepas giliran kami sekeluarga beraya di Felda Sg Mas, kota Tinggi. Oleh kerana hanya kami sekeluarga dan adik bongsu suami saja yang ada…so suami mencadangkan supaya kami ni berBBQ di malam raya…yerlah nak masak-masak juadah raya daku tak begitu arif..hehe..daku bercadang nak buat Ayam Madu Berempah

                                                   Hehe..ayam oohh ayam..

Bermulalah alkisahnya…daku start mengGoogle beberapa resepi Ayam Madu Berempah..memang terlalu banyak versi resepi Ayam Madu Berempah… namun dalam banyak-banyak tu ku tertarik dengan resepi ni..mudah,simple dan alhamdullilah setelah di cuba sangat sedap..

ayam madu berempah

                                                           Bahan-Bahan untuk di kisar

Bahan untuk di campur sekali dalam bahan kisar
ayam madu berempah
Bahan yang telah siap di kisar
ayam madu berempah
Ayam yang telah siap di basuh dan di toskan
ayam madu berempah
Ayam yang telah di perap

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam ( Kami amik bahagian kepak dan Peha saja)
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 labu bawang besar ] kisar halus
3 ulas bawang putih ] kisar halus
2 inci kunyit hidup ] kisar halus
2 inci halia ] kisar halus
3 batang serai ] kisar halus
1 ketul kiub pati ayam knor
2 sudu besar madu
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.
4. Gunakan pemanggang ajaib atau atas bara arang bakar ayam selama 20 minit sambil balikkan sekali sekala.
5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.

** Bahan-bahan tu kena pandai-pandai anggarkan tengok banyak mana ayam kita..

kerja-kerja memerap ayam ni..daku buat 2 hari sebelum raya..kata orang makin lama kita perap makin sebati rasanya..tapi kena simpan dalam peti lah…
siap tugas di dapur masa untuk mengemas beg baju dan segala peralatan nak bawa balik..bukan apa takut-takut ada je yang ketinggalan…

sehari sebelum raya kami sekeluarga pun bertolak pulang ke Felda Sg Mas…sampai sana dah pukul 4 ptg..singgah kedai runcit pulak nak beli bahan-bahan buat mee hoon goreng..yerlah kan tak kan makan ayam je..

maka bermulalah kisah daku bertungkus lumus di dapur seorang diri..sementara suami dan adiknya sibuk di halaman rumah setting tempat nak Bbq malam nanti..

Kelam kabut juga di buatnya..mana nak siang udang,taugeh..jap-jap daku berteriak panggil hubby..suruh carikan kuali besar lah, cari tapis lah..huhu..yerlah bukan dapurku..lagipun barang-barang tu semua ada dalam stor, adik iparku bujang manalah memasak sangat…tapi mujur gak gas masak masih ada…

Sebelum masanya berbuka puasa sempatlah ku siapkan mee hoon goreng dan nugget untuk juadah berbuka…alhamdullilah..

ayam madu berempah

                              Rendang Daging n ayam tu bekal dari ibuku.

Lepas maghrib je hubby dan adiknya mula menyalakan tempat untuk BBQ…masa ni jiran-jiran dan rakan taulan hubby dan adiknya dah mula datang menjengah…

ayam madu berempah

Ayam sudah mula di bakar..nyum..nyum..nyum..masa ni bau di naik.uisshh..tak sabar nak tunggu dia masak…

ayam madu berempah
Renjis-renjis ayam dengan serai n sedikit minyak.
ayam madu berempah
Balik kan ayam sekali sekala agar ayam masak sekata.
ayam madu berempah
Hubby gigih bakar ayam…
Sambil-sambil bakar ayam tu..sambil tengok orang main mercun..dah macam pesta berlawan-lawan berdentam dentum…
 

 Terasa kemeriahan malam raya di Felda Sg Mas Kota Tinggi….sambil bakar ayam, sambil dengar kemeriahan penduduk bermain mercun, dan jemaah masjid yang mengalunkan takbir raya…sayu hati..tetiba terkenangkan arwah ibu mertua yang telah lama pergi….kemeriahan raya kami terasa kurang tanpa kehadirannya….

Raya..raya juga namun bisnes shaklee tetap berjalan seperti biasa…alhamdullilah…

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar keahlian shaklee anda atau anda ingin mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
anda,saya adalah  wakil pengedar sah anda seluruh malaysia. Sebarang
pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:


Nama: Mahligai Vitamin @ Eita (ID 1081587)

Emel: mahligaivitamin@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 012-7555470


“Ingin mendapat 4-5-6 angka
sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?? Hubungi saya
juga!!.Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan !.
Wakil pengedar seluruh Malaysia masih di perlukan !. Dan anda juga akan
di jemput ke group Ekslusif di Facebook”


 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge