nombor maxis hotlink expired bagaimana nak dapatkan nombor kembali

Cara Aktifkan Nombor Hotlink Maxis Expired

Aktifkan nombor hotlink maxis expired? Huaaa nak nangis rasa 😥 , Cheta nak berkongsi dengan korang semua,pengalaman Cheta nak aktifkan kembali nombor hotlink maxis yang expired. huaaaa sedih amat..gara-gara lupa nak topup sampaikan expired terus haa…

Tarikh expired simkad tu pada 15hb Febuary ni,last Cheta shopping online order vitamin Shaklee untuk customer pada 14hb Febuary, tetiba pada 16hb Febuary nak buat order online lagi,part msos code tu teruslah tak dapat..sekali tengok pelik line tak der..yang ada SOS only  😯  terkejut sangat masa tu..

Bila pergi maxis center,katanya memang nombor Cheta tu dah expired  😥 nak dapatkan balik semula ke prepaid memang tak boleh. Tapi satu cara diaorang kata kena bertukar ke postpaid,awalnya pakej yang di tawarkan ialah RM108 monthly.

Tapi tak lah terus dapat pun kena request dengan HQ maxis kat KL. Kalau dapat nanti diaorang akan call.

Pihak staff sana minta IC dan payment RM108,katanya for first monthly payment. Andai kata request fail, duit tu akan di kembalikan semula.

Khamis next weeknya Maxis Center call,katanya sistemnya bermasalah,perlu tunggu lagi..dalam hati dah cukup benggang dah..dah lah lama menunggu.

kalau korang nak call hotlink customer service untuk cek status nombor korang tu boleh call hotlink customer service dulu untuk dapatkan kepastian.

 Customer service Hotlink 1300-820-120

Penantian penuh Seksaan

 

Khamis semalam (27 Febuary 2020) Maxis center call lagi,katanya nombor Cheta tu special number sebab ada triple 555, no cantik katanya , pihak HQ kata tak boleh pakai plan RM108 monthly, kena upgrade jadi plan RM188 monthly.

Dengar macam tu mulalah Cheta nak naik angin, pandai diaorang ambil kesempatan kan, Cheta dah guna nombor 012-7555-470 tu dari tahun 2000 lepas habis SPM tau. Maknanya dah 20 tahun Cheta guna nombor yang sama..

Dengar je RM188 tu terasa sakitnya tu di sini… maxis center kata memang itu yang HQ Maxis KL putuskan,dah lah RM188,kena pulak ikat kontrak 2 tahun..manalah Cheta tak mengamuk sakan oiii…sakit hati ni tau..

Tapi terpaksa juga ambik sebab banyak sangat kerja gunakan nombor tu,yer..yer silap Cheta sendiri sebab lupa nak topup..tapi tulah cuba berlapang dada,fikirkan mungkin ada hikmahnya kan..siapa tahu.

Masih Menunggu Sehingga Kini

 

Sehingga artikel ni di tulis Cheta masih belum mendapatkan kembali nombor tersebut,kalau ada yang call pun,operator akan kata “nombor ini tiada dalam service” hemmm 😥

Tapi Cheta masih boleh berwassap tau,dont worry korang boleh contact Cheta thru wassap je..

kalau dah aktif semula nombor tu, Cheta akan inform korang semula yer..

Tq sudi baca cerita Cheta.

Sambungan Di sinilah

 

Gara-gara artikel ni,ramai sungguh yang contact Cheta,bertanyakan perihal no maxis expired ni. 😆 Nak bagitau kat korang Cheta bukan staff maxis tau..Cheta hanya berkongsi pengalaman je. No 012-7555 470 Cheta dah dapat semula dengan pakej RM188 tulah,tapi totally kena bayar RM199.30 permonth huhuhu…kopak wehhh..tapi tulah nak tak nak memang kena hadap lah, sebab no 012 tu penting sangat untuk Cheta. ohhh lupa nak habaq,pakej RM188 tu diaorang sekalikan dengan Handphone tau cuma bayor RM1 jer..LOL…huhu pada Cheta sama jelah, pakejlah sekali bayar dengan handphone tu.

Nak ambik boleh,tak amik pun boleh,tapi percayalah lagi berbaloi korang rembat je hahahhaha..sebabkan apa tau..rasa tak berbaloi hanya nak bayor setakat line maxis yang kadang somputt ni ha je..lagi better rembat jelah handphone tu sekali hehehhe..so terubatlah sikit sakit hati korang bayar bulan-bulan tu kan. hahahha…

Handphone apa yang ada? hemmm…tengok branch maxis juga lah..masa Cheta kat branch maxis pontian ni cuma tinggal iPhone 7 ajer…hemmm sakit no hati..tak taulah kalau ni salah satu game diaorang ke kan, nak menghabiskan stok iPhone 7 yang dah kurun ke berapa tu..haishhh…dah ler hati panas…malas nak lelama dalam tu, maka bayor RM1 then sign surat teruslah balik,opss lupa, diaorang bagitau ada insurans untuk handphone tu RM20+ ke Rm30+ gitulah permonthly,masa tu diaorang kata untuk 2 atau 3 bulan pertama ni free je,insurans tu,so kalau nak cancel sebelum tarikh bulan ke 2 atau ke3 tu, hang bayangkan RM188+ RM20,ke RM30 (insurans) tu+ tah apaer kejadah Tax dia lagi kan..maka korang total ah sendiri..hahhaha..

Cheta memang matikan ajer,insurans tu..lantak ah,selagi boleh jimat, memang jimat lah kita.Sekarang pun iPhone7 tu jadi mainan anak-anak tengok youtube je lah..huhu. Mak ada Phone lain..hahhaha.

Apa Perlu Korang Buat Bila Nombor Maxis Korang Expired?

 

  1. Contact  Customer service Hotlink 1300-820-120
  2. Korang dengarlah apa maxis staff tu cakap,dan dengar lah apa plan yang diaorang bagi. Kalau korang setuju maka silakan ambil,dan bersedia untuk bayor tetiap bulan…huwaaaa pedihhh ohhh.. ada kontrak pulak tu 2 tahun.

So setelah korang baca pengalaman Cheta ni ,korang bolehlah decide sendiri sama ada nak teruskan nombor tu,atau redha jelah kehilangan nombor tu..pilihan di tangan korang yer..Cheta cuma berkongsi pengalaman je… :mrgreen:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge