Assalamualaikum….
Entry kali ni saya nak berkongsi resepi dan cara-cara nak buat cheese tart…bukan apa bagi pengemar segala jenis tart ni..tak kira lah cheese tart ke, fruit tart ke, egg tart ke….bila makan memang confirm-confirm tak cukup sebiji kan..hehehe…contohnya saya sendirilah..saya kalau makan memang tak boleh nak berenti..laju je amik sebiji …sebiji…huhu bahaya uolss… so demi kepuasan saya dan juga family akhirnya mem”rajinkan” diri mencuba membuat cheese tart….
Caranya:-
- Pukul marjerin dan gula dengan mengunakan senduk kayu atau spatula..jangan pukul lama sangat.
- Masukkan ttelur dan esen vanilla dan putar lagi dengan senduk kayu
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit
- Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung dengan kelembutan doh.
- Untuk mendapat doh yang baik wrapkan adunan dengan plastik wrap dan simpan adunan semalaman dalam peti sejuk.
- Setelah di biarkan semalaman keluarkan adunan tadi biarkan ia rehat sehingga mencapai suhu bilik supaya memudahkan kita untuk menerap dalam acuan tart nanti.
- Setelah itu ambil sedikit adunan tart dan tekan ke dalam acuan tart. Sebelum di bakar cucuk dulu aduan dengan garfu. Bakar adunan pada suhu 170C selama 20-25minit atau sehingga adunan masak.
- Tart Shell boleh di siapkan awal dan di simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu tart shell benar-benar sejuk sebelum meletakkan filling dan cheese.
Sediakan filling yang kita sukai…saya guna filling bluberry, biasanya kita boleh letak strawberry, coklat, kiwi, oren dan macam-macam lagilah… filling ni boleh di dapati di kedai bakery atau kalau rajin boleh buat sendiri…hehehe..
Masukkan filling tu dalam pipping bag untuk memudahkan proses meletak filling dalam tart shell kita.
Lebih banyak filling yang kita letak bertambah sedaplah cheese tart kita. Bila dah siap letak filling ketepikan dan kita sediakan bahan-bahan untuk membuat cheese tart kita pula.
Bahan-Bahan Cheese tart.
250gm cream chess
50gm gula kastor
1 biji telur size b
1/2 teh esen vanilla
- Sila keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum di gunakan.
- Putar cream cheese dan gula sehingga berkrim
- Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi.
- Masukkan filling chesse tadi kedalam piping bag supaya memudahkan kita meletakkan filling dalam tart shell. Isikan sehingga mengembung untuk cheese tart kelihatan cantik.
- Asingkan sedikit cheese untuk kita lakukan proses melorek, campurkan sedikit pewarna yang kita sukai dan mula melakar keatas cheese tart kita, usah biarkan cheese tart terlalu lama, kerana proses melorek menjadi tidak cantik jika cheese tart sudah mula mengering.
- Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream cheese dengan jari jika tidak melekat makna nya cream sudah masak jika tidak letak dalam seminit lagi.
** Untuk adunan ini 1 adunan shell saya dapat dalam 40 biji shell itupun bergantung pada acuan dan ketebalan shell.
1 adunan cream cheese dapat dalam 70-80 shell.
untuk seimbangkan nya sila buat 2 adunan shell dan 1 adunan cream cheese.
Cheese Tart yang telah siap di masak, di letakkan dalam bekas kedap udara dan boleh di simpan dalam peti ais untuk ketahanan lebih lama.
Haa..senang jekan cara nak buat cheese tart ni…tapi kalau rasa kesuntukkan masa untuk mencuba boleh tempah je kat saya ni..hehe..insyaAllah rasa sekali pasti nak lagi..hehe…
Tempahan dari jiran yang melangsungkan perkahwinan, cheese tart with bluberry filling dengan cup cake chocolate moist with red roses.
Selamat mencuba;
Salam Sayang Dari Saya;
Eita 012-7555470
Sedapnyaaa cheese tart! suka suka suka… comel2 pula tu.. boleh try buat nanti
Meriahnya cheese tart tu! Sy mmg suka cheese tart 🙂
Ainaa..try buat yer..senang jer…baru puas makan..hehe
memang sengaja buat colourful..rasa puas hati tgk dia berbagai warna…tu je yg sempat ambil gambar.yg lain ank2 n hubby dah ngap dulu..hehe
Wahh.. nampak menarik… belum rasa lagi tuh… eeee sedapnyerrrr,,,,