Kehamilan 22 Minggu???..Cepatnya Masa berlalu

Cepatnya Masa Berlalu…       

          Pejam celik..pejam celik….tak sangka rupanya kehamilan saya sudah berusia 22 minggu. Alhamdullilah semuanya begitu pantas berlalu…

         Terlalu sibuk melayankan kerenah Ica dan Inas membuatkan saya terkadang lupa yang diri ini sedang hamil..huhuhu..namun sejak akhir-akhir ini baby seakan-akan memanggil saya untuk sentiasa mengingatinya bilamana “dia ” selalu membuat gerakan-gerakan yang membuatkan saya terkejut..

       Indahkan detik Kehamilan ini…merasai adanya satu nyawa dalam rahim kita yang sedang membesar..dan Alhamdullilah saya bersyukur di beri kesempatan ini untuk merasainya buat kali ketiga…

Apa Perkembangan Bayi Usia 22 Minggu?? 

    Teruja dengan kehamilan ini..saya mencari-cari info berkenaan perkembangan fetus saya di usia 22 minggu…

   Dan berikut inilah info yang saya perolehi hasil dari satu laman web. Bagi ibu-ibu hamil diluar sana yang seperti saya yang teruja ingin tahu perkembangan fetus masing-masing..boleh klik SINI. 

   

kehamilan 22 minggu

                                                        Inilah rupanya fetus 22 minggu….

  • Berat bayi sekarang hampir 430g
  • Berukuran hampir lebih sedikit daripada 27sm dari mercu kepala ke tumit.
  •  Dia sudah terbentuk seperti bayi baru lahir,
    tetapi kurus kerana lemak bayinya belum terbina lagi. 
  • Walaupun beratnya
    semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut dan
    dia masih perlu menambahkan berat badannya. 
  • Bibir sudah jelas kelihatan
    dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna)
    masih kurang gelap. 
  • Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon,
    sedang berkembang dengan baik. 
  • Walaupun masih di peringkat awal, tanda-tanda pertama kemunculan
    gigi telah ada iaitu dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. 
  • Tak lama lagi bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertamanya akan tumbuh. 
  • Berat badan anda mungkin telah bertambah di antara 5.4kg dan 6.8kg.
    Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara
    konsisten, dengan purata lebih kurang 225g setiap minggu. 
  • Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang rembesan faraj anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua-dua ini adalah perkara normal dalam kehamilan.

        Alhamdullilah syukur kehamilan saya kali ni…berjalan lancar. Setiap hari saya akan pastikan saya tidak akan lupa untuk mengambil Vitamin Ibu Hamil 

      Ini penting untuk memastikan perkembangan bayi saya berada dalam keadaan yang sepatutnya..dan juga untuk memastikan tahap kesihatan saya sendiri berada dalam keadaan yang memuaskan..

      Jika anda juga seorang ibu hamil…saya doakan anda dan bayi anda juga berada dalam keadaan yang ceria, sihat dan gembira menghadapi detik-detik kehamilan anda..

Salam Sayang ;
Eita @ MahligaiVitamin.com
012-7555470

 

      

2 thoughts on “Kehamilan 22 Minggu???..Cepatnya Masa berlalu”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge