Kalsium
Kalsium sering di kaitakan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Ia lebih di kenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan berapa ramaikah yang menganggap pengambilan kalsium ini tersangat penting??..
Sayangnya ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini dan betapa banyak sekali kelebihan kalsium ini terhadap tubuh badan sendiri kerana kesan kekurangan kalsium hanya dapat di lihat pada usia yang sangat lewat.
Kelebihan atau Manfaat Utama Kalsium Dalam Tubuh
- Menguatkan Tulang- Kalsium menghalang osteoporosis,menguatkan kuku,kerangka,gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak,osteomalacia (rickets dewasa),kuku rapuh,eczema,konvulsi/kekejangan,gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
- Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas– Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas,kekejangan,sakit sendi dan artritis
- Meringankan Stres – Ianya mengimbangi tekanan darah,memelihara denyutan jantung,impuls saraf,penenang saraf;mengalakkan tidur selesa,memperbaiki jantung berdebar,gementar,mimpi buruk dan stres.Juga memperbaiki depresi,mood swing,sakit kepala dan pitam.
- Memperbaiki Masalah Haid – Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil
- Pengalkalian Tubuh – Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikkan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity di waktu umur tua.Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
- Memperbaiki hyperaktiviti perut dan sakit gastrik
- Vitamin D – Di namakan sebagai vitamin D pada 1916 bila di dapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang,menguatkan kerangka,memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas,individu melebihi 55 tahun,wanita hamil,dan kanak-kanak perlu mengambil supplement vitamin D.
Magnesium
Bagaimana pula dengan magnesium?? Adakah magnesium di kenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang menyokong di antara satu sama lain?
- Magnesium – ia adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita.Ianya mengalakkan komposisi tulang dan rawan.
- Membantu sistem saraf,mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga,pengecutan saraf dan otot.
- Menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung.
- Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus.
- Menghalang endapan kalsium
- Melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu.
- Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
- Zinc Boron,manganes,kuprum- Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot,menyusun enzim yang di perlukan untuk membaiki tulang rawan dan menghalang artritis.