penyakit-tidak-berjangkit-ncd-1-638

Kenali Penyakit Tidak Berjangkit Dan Risiko Anda

Penyakit Tidak Berjangkit Dan Risiko Anda

Aduhaiiii..lama sungguh entry ni tersimpan dalam draft uhuhuhu….bila semak balik draft barulah teringat nak publish dan edit-edit semula…so selamat membaca sharing dari KOSPEN ni tau…semoga bermanfaat untuk semua…

Sabtu 19hb Ogos 2017, Cheta dan anak-anak telah menghadiri Majlis Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN)..

Ehhh..tapi KOSPEN ni dah tukar nama tau..nama penuh kospen sekarang ialah KOMUNITI SIHAT MEMBANGUN NEGARA…

Haaa..tulah yang doktor penceramah tu bagitau..masa majlis tu…Majlis tu berlangsung di Masjid Nurul Iman Kg Melayu,Pontian Besar Kiri..anak-anak ada pertandingan mewarna masa tu..manakala orang-orang dewasa serta ibu bapa yang hadir di jemput untuk mendengar ceramah kesihatan…

Mehh..Cheta kongsikan serba sedikit,apa yang sempat Cheta dengarlah..al maklumlah bukan boleh fokus sangat pun..sibuk perhatikan gelagat Si Syifa ni..huhuhu…

Ok permulaan ceramah tu..doktor awal-awal dah share yang kalau dulu penyakit NO 1 bagi wanita ialah Kanser Payu Dara atau Kanser Servik,manakala bagi lelaki ialah Kanser Paru-Paru ataupun Penyakit Jantung…

Tapi sekarang ni statistik baru menunjukkan Kematian bagi penyakit Kanser Kolon melonjak naik,menjadikan ia penyakit No 1 yang membunuh masyarakat malaysia..

Takut kan…sampaikan makcik yang duduk sebelah Cheta pulak bercerita yang abang iparnya baru je meninggal dunia di sebabkan Kanser Kolon..

Arwah di kejarkan ke hospital setelah muntah darah dan akhirnya pengsan, tapi pihak hospital tidak mampu berbuat apa-apa setelah mengetahui ususnya telah pun pecah, dua hari di hospital arwah meninnggal dunia…huhu sedihkan..

Kanser kolon berpunca dari pemakanan kita dan juga gaya hidup yang tidak aktif..kurang bersenam..

Doktor kata,rakyat Malaysia ni kebanyakkan nya mati disebabkan “terlebih makanan”…huhuhu memang betul sangat pun  kan..

Oklah jom Cheta kongsikan Penyakit Tidak Berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD)

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT ATAU NON-COMMUNICABLE DISEASE (NCD)

Penyakit NCD ini merupakan masalah kesihatan yang utama di Malaysia. Jenis-jenis penyakit NCD yang utama adalah:

1) Penyakit kardiovaskular ( seperti penyakit jantung,hipertensi dan strok)
2) Diabetis
3) Kanser
4)  Penyakit respirastori kronik ( seperti asma dan emfisema)

NCD ATAU PENINGKATAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

Keratan Akhbar berkenaan NCD yang semakin meningkat

1) PENYAKIT KARDIOVASKULAR

1) PENYAKIT JANTUNG

Seseorang di katakan mendapat penyakit jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi di sebabkan oleh saluran darah yang sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.

BACA SINI >> 5 CARA TURUNKAN KOLESTEROL DENGAN CEPAT ELAK TERKENA SERANGAN JANTUNG.

Ini terjadi kerana pengumpulan lemak yang melekat di dinding saluran darah lama
kelamaan menyekat atau mengurangkan pengaliran darah ke otot jantung.

2)STROK

Strok berlaku apabila saluran darah yang membawa oksigen dan zat-zat makanan
atau nutrien ke otak tersumbat atau pecah.

Apabila bekalan oksigen ke otak terputus,sel-sel saraf secara perlahan-lahan akan mati. Ini menyebabkan bahagian badan yang di kawal oleh sel-sel saraf ini akan juga terlibat dan tidak dapat berfungi.

Selalunya kesan strok adalah kekal. Ini di sebabkan sel-sel otak yang
telah rosak atau mati tidak dapat di ganti.

3)Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular

  • ·Obesity
  • Diabetis
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Pemakanan tidak sihat
  • Kurang senaman atau tidak aktif
  • Merokok
  • Tekanan perasaan ( Stress)

2.DIABETIS @ KENCING MANIS

Diabetis ialah sejenis penyakit kronik tidak berjangkit yang berlaku apabila paras gula dalam darah adalah tinggi di sebabkan oleh kekurangan insulin dalam tubuh atau insulin menjadi tidak sensitif dan tidak bertindak balas dengan tisu-tisu tubuh.

Insulin adalah hormon dalam tubuh kita yang akan mengawal paras gula dalam darah.

Diabetis merupakan salah satu faktor risiko bagi penyakit jantung atau kardiovaskular.

BACA SINI>> CARA TURUNKAN BACAAN KENCING MANIS DENGAN PANTAS

Jenis-jenis Diabetis;

  • Diabetis Jenis 1
  • Diabetis Jenis 2
  • Diabetis ketika mengandung (GDM)

3. KANSER

Kanser adalah sejenis penyakit yang berlaku apabila sel bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga di kenali sebagai tumor.

Tumor boleh di bahagikan kepada bukan kanser(benign) ataupun kanser (malignant).

Tumor bukan kanser tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain.

Kanser pula boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain sekiranya tidak di rawat.

4.PENYAKIT RESPIRATORI KRONIK

Penyakit respiratori kronik adalah penyakit sistem pernafasan yang berlaku apabila terdapat penyempitan dan radang (inflamasi) pada saluran pernafasan.
Merokok adalah penyebab utama penyakit ini. Ia boleh menyerang sama ada lelaki atau wanita tidak mengira peringkat usia.

Gejala Penyakit Respiratori Kronik

  • Sesak nafas sewaktu melakukan aktiviti atau semasa rehat.
  • Sesak nafas terutama waktu pagi semasa bangun tidur.
  • Batuk berkahak berpanjangan.
  • Nafas berbunyi (Wheezing)
  • Simptom kegagalan paru-paru dan jantung bengkak dan bengkak kaki.

PENYAKIT NCD BOLEH DICEGAH SEKIRANYA;-

  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali.
  • Makan secara sihat
  • Kekalkan berat badan unggul
  • Berhenti merokok
  • Belajar menangani Stress
  • Periksa tekanan darah
  • Periksa paras gula dalam darah
  • Periksa paras kolestrol dalam darah
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

LAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN DI KLINIK-KLINIK BERHAMPIRAN ANDA JIKA ANDA;-

  • Umur >> 35 tahun
  • Berlebihan berat badan atau obes ( 23kg/m3 atau lebih)
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetis
  • Tidak aktif atau melakukan aktiviti fizikal kurang daripada 3 kali seminggu.
  • Mempunyai tahap kolestrol yang tinggi
  • Mempunyai tekanan darah tinggi 140/90mmHg atau lebih
  • Mempunyai gejala-gejala penyakit diabetis seperti luka yang sukar sembuh, kerap dahaga, sering membuang air kecil pada waktu malam,gatal-gatal atau mendapat jangkitan kulat pada kemaluan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua yer…

Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia

Cheta
ID Shaklee: 1081587
Hp/SMS/Wasap: 012 7555 470
COD : Kawasan sekitar pontian, johor.
Pos : Seluruh Malaysia.

Credit: Kementerian
kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge