Khas Buat Ibu Bapa Yang Sedang Pening Memilih Taska Terbaik Untuk Anak Anda Disini Ada Tipsnya.

Assalamualaikum…dan Salam Sejahtera semua….

Entry kali ni khusus untuk para bakal ibu bapa..ataupun ibu bapa yang masih atau sedang tercari-cari taska untuk menempatkan si manja anda dengan selamat.

Al maklumlah sekarang banyak kejadian yang tidak di ingini berlaku di taska..ada kes bayi mati tersedak susu, patah kaki jatuh tangga, bayi terjatuh dari buaian,terkena air panas, keracunan makanan, itu belum lagi termasuk kes penderaan yang berlaku di taska…semestinya kita sebagai ibu bapa tidak mahu kejadian ini terjadi pada anak-anak kita kan???…

Disini saya kongsikan beberapa Panduan Memilih Taska supaya keselamatan anak-anak kita lebih terjamin.. 

1) Taska Wajib Menepati Piawaian Oleh Pihak Berkuasa

 a) Jabatan Kebajikan Masyarakat : Ibu bapa / Penjaga harus memastikan para pendidik / Pengasuh di taska berkenaan pernah mengikuti kursus di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

b) Jabatan Bomba Dan Penyelamat : Untuk Memastikan  keselamatan bangunan serta adanya bekalan alat pencegah kebakaran . 

c) Jabatan Kesihatan : Untuk memantau rekod perkembangan anak-anak.

d) Pihak Berkuasa Tempatan : Sebagai pemantau kesesuian dan keselamatan bangunan taska. 

2) Jenis Bangunan Taska Yang Sesuai. 

Bangunan taska yang sesuai haruslah mempunyai fasiliti dan kelengkapan harian yang sempurna, kemudahan ruang rekreasi untuk kanak-kanak bebas bermain.

3) Lokasi Taska   

Lokasi taska haruslah seelok-eloknya berhampiran dengan kawasan lapang atau padang permainan ini kerana kawasan sebegitu sesuai dengan kanak-kanak kerana ia tidak bising, selamat bersih aman serta jauh dari pencemaran.

4)  Persekitaran Yang Sihat

Persekitaran yang sihat bermaksud suasana persekitaran yang ceria, peredaran udara yang semulajadi untuk kanak-kanak tinggal dengan selesa.

5) Pendidik/ Pengasuh  

Perwatakan seorang pendidik / pengasuh itu juga amat pentig untuk anda perhatikan, pastikan pakaian mereka sopan ,berakhlak mulia, sahsiah yang murni, serta mengamalkan etika sebagai pendidik yang sebenar.

6) Kebersihan / Penyedian Makanan.

Pemilihan menu makanan yang di sediakan di taska / tadika haruslah bersesuain dengan peringkat umur kanak-kanak. Makanan yang di sediakan di taska / tadika juga mestilah yang berkhasiat dan yang penting terjamin kebersihannya.

7) Bilangan kanak-kanak

Ini juga salah satu faktor terpenting semasa anda melakukan survey..pastikan nisbah kanak-kanak bersesuain dengan jumlah bilangan pendidik/ pengasuh serta keluasan kawasan taska juga perlu di beri perhatian.

8)  Kemudahan Kecemasan. 

Pengasuh / pendidik perlu mengetahui dan menguasai kemahiran bantuan awal kecemasan seperti “Infant and Child CPR” dan ” Community First Aid and Safety” supaya jika berlaku kejadian yang tidak di ingini pihak pengasuh / pendidik boleh memberikan pertolongan kecemasan sementara menunggu pihak berkenaan datang.

9)  Penyimpanan Rekod Dan Dokumen

Pastikan taska mempunyai catatan dan rekod berkaitan kanak-kanak, butir peribadi ibu bapa dan keluarga, nombor telefon yang perlu di hubungi  sewaktu kecemasan dan sebagainya.

10) Kandungan Program didikan dan asuhan.  

Aktiviti taska terancang dan tersusun serta merangkumi aspek didikan dan asuhan yang telah di tetapkan.

Moga perkongsian berkenaan Panduan Memilih Taska ini menjadi panduan berguna buat para ibu bapa yang sedang mencari Taska buat anak-anak .

Salam Sayang;

Eita @ Mahligai Vitamin
012-7555470  

 

 

 
 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge