Kisah Seorang Sufi – Bagaimana Doa Tuan Begitu Cepat Makbulnya??

Suatu hari si sufi mahu pergi kesuatu tempat. Untuk sampai kedistinasinya, beliau menumpang sebuah sampan.
Ada beberapa orang telah pun berada didalam sampan yg hendak dia tumpang itu.
Kemudian naik seorang penumpang yg baru sampai. Kebetulan hamba Allah ini mengenali si sufi tersebut. Beliau pun terus bertanya kpd si sufi itu;
” Bagaimana doa tuan begitu makbul sekali”?
Si sufi tak menjawab soalan ini. Dia diam saja.
Pendayung sampan mula berkayuh membawa penumpang2nya. Dan ada yg telah turun bila telah sampai ketempat yg dituju.
Akhirnya tinggallah tiga orang sahaja. Si sufi, hamba Allah itu dan pendayung sampan.
Ketika itu sampan berada ditengah sungai dan sedang menuju keseberang.
Tiba2 si sufi dengan cepat menolak hamba Allah yg bertanya tadi kedalam sungai.
Maka tenggelam timbullah hamba Allah itu kelemasan di tengah2 sungai tersebut.
Si sufi hanya melihat saja orang itu dah berapa banyak dah terminum air.
Si pendayung sampan sangat kasihan melihat hamba Allah itu terjerit-jerit dan melaung-laung meminta tolong.
Si pendayung sampan terjun kedalam sungai dan dengan bersusah payah menaikkan orang itu kedalam sampan semula.
Dengan tercungap-cungap menarik nafasnya beliau segera berkata kpd si sufi itu
“Kenapa tuan tolak saya”?
Jawab si sufi, “itulah jawapan kepada soalan kau tadi”
“Tadi, ketika kau lemas,apa yg kau kata..?”
“Semasa saya lemas tadi, saya benar berharap kpd Allah, agar segera menyelamatkan saya. Mudah2an ada orang sudi menolong saya”
Kata si sufi , ” Begitulah aku, apabila berdoa , aku benar2 berharap kpd pertolongan Allah..
Untuk makbul doa, hendaklah benar2 berharap dgn sepenuh harapan agar Allah terima doa…
Ketika kau lemas dan berdoa sepenuh hati kau, maka doa kau telah pun diterima…

Pengedar Shaklee Johor Bahru

Hana ( 60134136748)

pengedar-shaklee-komtar-jbcc-johor-bahru 

Pengedar Shaklee Kuching Sarawak

Dayang (6017.844.1515)

pengedar-shaklee-kuching-sarawak-pengedar-shaklee-miri-sarawak-pengedar-vivix-shaklee-agen-shaklee-sarawak2 (1) 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge