Mari Belajar Buat Cream Puff

Cream Puff??…Siapa suka cer angkat keyboard skit… HEHEHE.. ^__^. Sedap kan cream puff ni, kalau filling dia custard pun dah sedap sangat..memang takkan sedar diri kalau makan tu…sebiji-sebiji masuk dalam mulut..HOHOHO  > _ <  memang dasyat penangan dia… tu baru filling custard… cuba kalau filling dia coklat ke..strawberry ke… uisshh…sumpah heaven giler masuk dalam mulut.

Tau ke macam mana nak buat Cream Puff yang gebu gebas tu…MaMa pun banyak godeh resepi-resepi dari internet..kalau bab-bab memasak ni memang suka ler sangat-sangat gi skodeng blog kak ita Masam Manis tu..

cream puff

So far setakat ni, memang resepi dia kalau MaMa buat memang menjadi.. Nak tahu resepinya..jom kita tengok…

CREAM PUFF

100ml air

45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g) 
 
1)Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.

2)Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter

3)Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
 
4)Tepung gandum di ayak 
5)Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana
kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
 
6) Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
 
7)  Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian api di padamkan.
8) Masukkan telur dan kacau cepat-cepat.
9) Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
 
10)Pipe kan ke atas dulang Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
 
11)Spray permukaan cream puff dengan air. 
 
12) Bakar dalam oven pada suhu 200c
selama 15 minit. 
 
13)Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama
25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven
beberapa minit sebelum dikeluarkan.
 
14)Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 
 
 

CREAM PUFF
CREAM CUSTARD 


1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

 
                                OVERLOAD LAH PULAK… ^__^’
Selamat Mencuba.
Salam Sayang,

MaMa Chantique @ Mahligaivitamin

012-7555470

Pengedar Shaklee Johor Bahru

Hana ( 60134136748)

pengedar-shaklee-komtar-jbcc-johor-bahru 

Pengedar Shaklee Kuching Sarawak

Dayang (6017.844.1515)

pengedar-shaklee-kuching-sarawak-pengedar-shaklee-miri-sarawak-pengedar-vivix-shaklee-agen-shaklee-sarawak2 (1) 

Pengedar Shaklee Ipoh Perak

Naresh (6017.598.9747)

Pengedar-Shaklee-Ipoh-Perak-Pengedar-shaklee-perak-pengedar-vivix-ipoh-agen-shaklee-ipoh-ejen-shaklee-ipoh-stokis-shaklee-ipoh-branch-shaklee-ipoh2

4 thoughts on “Mari Belajar Buat Cream Puff”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge