Penyakit-psoriasis

Penyakit Psoriasis -Pengalaman Sendiri Berjuang Mengatasinya.

APA ITU PENYAKIT PSORIASIS??

Penyakit Psoriasis adalah keadaan di mana kulit menjadi merah,mengelupas,tompokan kasar yang berkerak, dan di litupi dengan sisik yang berwarna keperakkan.

Tompokan ini biasanya timbul di sekitar siku, kaki, belakang badan,lutut dan juga boleh timbul di mana sahaja bahagian badan yang ada. Tompokkan ini biasa menimbulkan kegatalan dan kesakitan akibat keadaan kulit yang terlampau kering.

Anda akan merasakan keadaan kulit seperti “Burning” atau terbakar di tempat yg ada tompokan itu jika anda sentuh akan terasa kepanasan..ini di sebabkan kulit sedang mengalami keradangan@ inflamation.

ADAKAH PENYAKIT PSORIASIS ITU BERJANGKIT??

Penting untuk umum mengetahui bahawa penyakit Psoriasis tidak berjangkit, pesakit psoriasis perlukan support dari segi mental dari orang-orang sekeliling.

Pesakit psoriasis kebiasaannya “down” disebabkan penyakitnya ini kerana mereka tertekan dengan keadaan kulit mereka yang di rasakan sangat hodoh..self-confident mereka menurun,mereka malu untuk berdepan dengan orang ramai.

penyakit-psoriasis

  Perbezaan antara kulit sihat dan kulit Pesakit Psoriasis

Namun mereka perlu untuk kendalikan tekanan @ Stress mereka, kerana stress akan menyebabkan keadaan Psoriasis mereka bertambah teruk..

Ada yang mencadangkan supaya pesakit Psoriasis mengambil B-Complex , kerana B Complex ini mengandungi Agen Penenang.

Penyakit Psoriasis boleh terjadi di kalangan umum tidak kira lelaki atau perempuan yang berumur dalam lingkungan 30an keatas .

JENIS- JENIS PSORIASIS

  1. Nail Psoriasis
  2. Psoriasis Arthritis
  3. Psoriasis Plak
  4. Psoriasis Kulit Kepala
  5. Psoriasis Inversi
  6. Psoriasis Gutata
  7. Psoriasis Pustular
  8. Psoriasis Eritodermik

Penyakit Psoriasis kebiasaannya bermula dengan hanya tompokan kecil yang merah.Tompokan ini boleh menjadi besar dan menebal dan juga menghasilkan kulit yang kelihatan bersisik putih.

Tompokan ini juga menyebabkan kegatalan dan juga rasa “burning” ia mudah berdarah jika di garu dan di kopek.

Nail Psoriasis @ Psoriasis Kuku

penyakit-psoriasis

Lebih dari separuh orang yang menghidap Penyakit psoriasis, akan mendapati bahagian kuku mereka juga bermasalah. Kuku akan tumbuh secara tidak normal, mengecil dan juga berwarna kekuningan dan merah.

Ada juga yang mendapati kuku mereka mudah pecah dan rapuh.

Psoriasis Arthritis

Psoriasis Arthritis ini menyerang sendi-sendi yang menimbulkan keradangan dan menyebabkan sendi-sendi menjadi bengkak.

penyakit-psoriasis 

Psoriasis Plak

penyakit-psoriasis

 
 
Ini adalah jenis penyakit psoriasis yang paling umum terjadi. Jenis ini dapat menyebabkan ruam atau luka kering, merah, dan bersisik pada kulit yang disebut plak.
Plak ini juga terasa sangat gatal atau pedih. Plak ini biasanya muncul di bahagian tubuh, terutama pada kulit lutut, siku, dan kulit kepala.
 

Psoriaris Kulit Kepala

Jenis ini menyebabkan munculnya sisik tebal dan terasa gatal pada sebahagian atau keseluruhan kulit kepala. Ruamnya juga dapat membesar hingga ke garis rambut. Bahagian kulit yang menggelupas akan berguguran dan kelihatan seperti kelemumur.

penyakit-psoriasis
 

Psoriasis Inversi

Jenis ini menyebabkan ruam merah yang halus pada kawasan kulit yang berlipat seperti bawah ketiak. Ruam ini akan bertambah parah akibat daripada gosokan dan berpeluh.

penyakit-psoriasis

 BACA SINI>> VITAMIN SAKIT KULIT PSORIASIS MEMBUATKAN KULIT CANTIK DAN LICIN KEMBALI

Psoriasis Gutata

Gejala ini adalah bintik-bintik ruam menyerupai titisan air. Ruam ini berlapis sisik dan biasanya muncul pada bahagian atas tubuh seperti lengan, kaki, dan kulit kepala. Jenis ini sering diserang oleh anak-anak dan remaja.

penyakit-psoriasis

Psoriasis Pustular

penyakit-psoriasis

Jenis ini menyebabkan ruam merah yang pedih sebelum akhirnya melepuh dan berisi nanah.

Ruam tersebut dapat terjadi pada seluruh tubuh atau muncul di bahagian-bahagian tubuh tertentu, misalnya berkelompok di tangan, kaki, atau hujung jari.

Biasanya psoriasis jenis ini yang menyebar diseluruh tubuh akan menyebabkan pesakit demam, menggigil, gatal luar biasa dan mengalami penurunan berat badan

Psoriasis Eritodermik

penyakit-psoriasis

Jenis ini dapat menyebabkan ruam menggelupas yang sangat gatal disertai rasa terbakar di seluruh tubuh. Jenis ini terjadi jika kadar cairan dan protein pada tubuh rendah dan boleh mengakibatkan dehidrasi, dan jantung gagal berfungsi dengan baik.

Korang tahu tak..ada beberapa pengalaman para pengguna Vitamin Shaklee yang setia,rata-ratanya mereka berpuas hati kerana mereka mampu untuk mengawal penyakit psoriasis mereka, termasuklah Cheta sendiri. Jangan tak tahu, ada juga testimoni-testimoni yang pulih sepenuhnya setelah mengamalkan vitamin Shaklee ni tau. Tapi suka lah di ingatkan kembali bahawa vitamin Shaklee ni tidaklah menyembuhkan penyakit anda secara direct, anda tetap perlu makan ubat doktor dan perlu mematuhi setiap temujanji dengan doktor.

Apa Yang Cheta Amalkan Selama Ini Untuk Mengurangkan Penyakit Psoriasis Ini?

penyakit-psoriasis

1)Vivix –

Supplemen resveratrol tinggi dengan anti-oksidan bertindak dengan 4 cara iaitu:

#1- Membantu Pembaikkan sel ( Mencegah Keradangan)

#2- Perlindungan Sel( melindungi dari pembentukkan AGE protein)

#3- Menguatkan tenaga sel ( tingkatkan penghasilan mitokondria)

#4- Serta meningkatkan prestasi sel

2)ESP ( ENERGIZING SOY PROTEIN)

Membantu pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat

3)Omega Guard

Bersifat anti radang. Membantu mengurangkan radang kulit psoriasis dan ekzema.

4)Vitamin C

Antioksidan dan membantu menghasilkan kolagen untuk kulit lebih sihat.

5)B-Complex

Penenang Saraf, anti Stress. Tekanan punca utama simptom penyakit Psoriasis menjadi semakin teruk.

6)Vitamin E

Selain makan, Cheta picit untuk di sapukan pada kulit yang effected, ia boleh memberikan kelembapan dan mengelakkan kulit menjadi kering.Selenium yg terdapat dalam Vitamin E membantu melindungi kesan oxidative stress.

7)OsteMatrik Calcium

Vitamin D membantu plak menipis dan kurang berkerak .

8)Vitalea Multivitamin

Kromium yang terdapat di dalam vitalea membantu mengawal ketagihan gula putih yang berlebihan. Gula putih menyebabkan simptom Psoriasis menjadi aktif.

9)GLA Complex

Evening Primrose Oil yang terdapat di dalam GLA membantu menstabilkan hormon dan membantu untuk menghasilkan kulit yang sentiasa lembap dan sihat.

Set ini bernilai RM1407.63 jika anda inginkan diskaun 15-25% hubungilah saya untuk berdaftar menjadi ahli Shaklee…bukan sahaja anda lebih untung bahkan anda juga sudah layak untuk menerima Cash Bonus…haaa kan lebih berganda untung tu kan…

Testimoni Cheta Sendiri

penyakit-psoriasis-cheta

Teruk sangat masa ni, serba tak kena di buatnya. Panas sangat tak boleh, sebab bila panas berpeluh,bila berpeluh gatal yang amat. Sejuk sangat pun tak boleh, so bila tidur dalam bilik aircond perghhh seksa oiii… 😥  😥

penyakit-psoriasisku

Tadaaaaa…..lawa dah kan…. :mrgreen: alhamdullilah berkat konsisten vitamin Shaklee, beginilah keadaan kulitnya.

BACA SINI >> CARA TURUNKAN BACAAN KENCING MANIS DENGAN PANTAS

Mudah-mudahan penerangan Cheta berkenaan penyakit psoriasis dan jenis-jenisnya ini jelas yer…jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi atau wasap Cheta, hanya klik gambar di bawah untuk wasap Cheta secara direct tanpa perlu simpan number.

pengedar-shaklee-vivix-pontian

SALAM SAYANG,
 
Cheta
 
Hp/Call/Wasap: 012 7555 470
 
ID Shaklee : 1081587
  
FB Page: Mahligaivitamin
  

 

 
 
 
 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge