Resepi Macaroni Cheese Bakar

Kalau dah nama mak buyung ni macam-macam ler teringin nak makan…pantang tengok gambar makanan mesti tergoda dan terliur…tapi biasanya saya lebih suka buat sendiri.

Selain dari boleh makan ramai-ramai dan berulang-ulang…dah tentulah menepati citarasa tekak mak buyung ni kan..  ^__^..

Kali ni teringin nak makan Macaroni n Cheese bakar…sedapnya lah haaiii…kalau makan panas-panas tu bau aroma cheese dia perghhh….sodappp..pastu bila angkat jer..berjela-jela cheese dia…cheesey ler sesangat..hahaha tapi jangan ler makan selalu boleh terkumpul lelemak jawabnya….  ^__^

resepi macaroni cheese bakar




Saya kalau dah nama preggy ni, since anak pertama sampai ketiga ni memang tak boleh langsung makan nasi putih…kalau nasi lain-lain boleh,contoh ler nasi lemak ke nasi ayam ke..nasi goreng ker..janji bukan nasi putih… kalau masak nasi putih tu kan bila nak menyendokkan hubby makan..wap nasi tu kan naik….time tu juga saya boleh terbelahak serta merta…huhuhu…  T___T.

Penyakit time preggy gaknya..hehehe… apapun syukur kandungan saya alhamdullilah sihat walafiat..cuma make sure lah nasi tu di ganti dengan pengambilan makanan berkhasiat yang lain… roti,mee sayur-sayuran dan buah-buahan memang saya ambil lebih.. sebab nak menampung keperluan nutrisi saya dan baby dalam kandungan..

Keperluan supplemen ibu hamil juga tidak di lupakan…itu memang wajib saya ambil hari-harii tanpa skip…setakat ni sepanjang pemeriksaan ibu hamil di klinik, rekod saya memang cantik…tak pernah kantoi walaupun sekali…boleh klik link di bawah untuk info lanjut berkenaan Vitamin Ibu hamil Pilihan saya.



Ehh….panjang pula intronyer…hehe..Ok mesti tak sabar kan nak salin resepi Macaroni Cheese Bakar ni..ok dah ready ke pen dan kertas???  
Hidangan Ni untuk 4 orang makan.

Resepi Macaroni Bakar Cheese.

  • 200gm Macaroni
  • 1/2 cawan Parmesan cheese – Di Parut


Untuk Kuah Putih:-

  • 1/4 Cawan Mentega / Butter
  • 2 Cawan Cheddar Cheese – Dicincang
  • 3 Cawan Susu (Full milk /Fresh Milk)
  • 2 1/2 Sudu besar Tepung Serbaguna/ tepung gandum
  • 1/2 Sudu Kecil Lada Hitam
  • Garam Sebagai Perasa.


Cara-cara menyediakan kuah putih :-

1- Cairkan mentega didalam kuali
2- Masukkan tepung serbaguna/ tepung gandum. Kacau sehingga menghasilkan roux.
3- Masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
4- Masukkan cheese, gunakan api yang perlahan dan kacau sehingga cheese mencair kesemuanya.
5- Masukkan lada hitam dan sedikit garam

resepi macaroni cheese bakar

                                    Ni hasil kuah putih saya….


Untuk Kuah Merah:-

  • Sedikit mentega untuk menumis
  • 1 Biji bawang besar jenis Holland – di potong dadu
  • 1/2 Cawan daging cincang
  • 1 Cawan tomato cherry – dikisar
  • 1/2 Cawan cendawan butang di hiris halus
  • 2 Sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sebungkus sayur campur ( Ni saya tambah sendiri )


Cara-cara menyediakan kuah merah:-

1- Cairkan mentega dan tumis bawang sehingga kekuningan.
2- Masukkan tomato cherry
3- Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak.
4- Masukkan perasa (sos cili dan sos tomato)
5- Masukkan garam dan lada sulah sedikit
6- Masukkan sayur campur
7- Masukkan cendawan dan kacau sehingga semua bahan masak dan sebati.


resepi macaroni cheese bakar




Cara memasak Mac dan Cheese Bakar :

1- Masak makaroni mengikut langkah-langkah yang di nyatakan di luar paket. Kemudian Toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan overcook.

2- Sapukan mentega pada loyang yang ingin di bakar.

3- Masukkan macaroni dan kuah putih. Gaul hingga rata

4- Letakkan parmesan cheese di atas.

5- Tuangkan kuah merah ke atasnya dan ratakan kesemuanya.

6- Letakkan lagi parmesan cheese di atasnya.

7- Bakar di dalam oven pada suhu 175 degree C selama 30 minit.

8- Siap di hidang untuk minum petang atau makan malam.

resepi macaroni cheese bakar

                            Macaroni yang sedang di rebus dan di toskan

** Saya letak minyak sikit masa merebus macaroni untuk mengelakkan macaroni melekat-lekat.

macaroni cheese bakar



Tadaaa,,,,dah siap tapi tu gambar sebelum masuk oven…lepas dah masak memang memanjang ler tak sempat nak snap gambar..sebab anak-anak dah serbu dulu dek aromanya yang kuat dan sungguh menyelerakan….  ^__^

Wajib cuba tau…bukan susah pun senang je kan….

Selamat Mencuba…


Salam Sayang ;

Mahligai Vitamin @ Eita 

012-7555470

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge