Resepi roti manis ni ialah salah satu resepi yang Cheta cuba sepanjang musim PKP ni, MCO (Movement Control Order). Al maklumlah pergerakan ke dapur oleh bebudak kecik ni agak tidak terkawal…hahhahha…asik lapor je manjang..
Maka Cheta pun terpaksalah mengoogle segala macam resepi, setakat yang memang tak pernah buat seumur hidup,tapi masa PKP ni tetiba buat ialah Roti Canai, Roti Manis ni,Roti Puri ,Kuih Cek Mek Molek hahahha…
Kejadian? ada yang jadi ada yang tidakk…tak pe dont worry kalau mana yang tak jadi tu bak kata PM kita post jer kat FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.(MATJHNO).. 😆
Kalau jadi masakan tu kita post kat FB Masak Apa Hari Ni (MAHN)…
Tapi seriusly..FB ,MATJHNO tu bebetul menghiburkan hati, hilang stress berkurung kat rumah tau…seronok gelak berjemaah…yang bestnya bila masakan itu tak menjadi tak de siapa yang nak mengecamnya…bahkan ada juga yang bagi kata-kata semangat bagi resepi dan cara yang betul nak hasilkan masakan tu tau..
Sikap saling menyokong tu yang bagusnya dalam FB tu…nak katanya dalam hidup ni semua lalui peringkat “TAK JADI” tu..semua orang tak sempurna…kita masing-masing ada tahap sebelum kita jadi “SEMPURNA” di mata manusia lain.
Tapi sesungguhnya, biarlah kita ni berusaha untuk menjadi sempurna di “mata” yang Maha ESA yer tak? ehhh panjang pulak membebel hahahhaa…
OK jomlah kita tengok resepinya….
RESIPI ROTI MANIS
Kejadian selepas di uli…uli sampai jadi doh dan tak melekat di tangan.
Masa ni dah buat bulat-bulat dan susun dalam loyang yang dah di grisskan dengan marjerin.Lepas siap buat bulat-bulat tu maka kita tunggulah doh tu naik sekali ganda dalam 30 minit- 1 jam gitulah. Tapi sebenarnya lagi lama lagi best tapi jangan sampai terlupa sudah hahahahha….
Kejadian lepas dia naik tu sangatlah gebu gebas wehhhh…
bila dah naik doh tu,maka step seterusnya boleh ler kita masukkan dia dalam oven yang dah di panaskan terlebih dahulu yer…nampakkan kejadian lepas dia naik tu montel-montel semuanya…hihihi
Nilah kejadian nya bila dah keluar dari oven tu..cepat2 masa tengah panaskan tu kita lumurkan dia dengan marjerin atau butter..sampailah dia naik berkilattt….fuhhhhh padu wehhh…dah boleh ler makan dengan air teh panas atau kopi panas ni…uihhhsss…anak-anak Cheta makan cicah air teh panas,dekat separuh loyang habis dah..
Apa tunggu lagi? haaa selamat mencuba.