resepi sambal kicap johor cara nak buat sambal kicap johor1

Resepi Sambal Kicap Johor Mudah Pasti Sedap

Resepi sambal kicap ni memang perghhh padu beb..kalau korang ke johor dan menyinggah beli pisang goreng ke,tempe goreng,dan segala gorengan macam keledek ke,sukun ke kan..confirm korang akan di berikan sambal kicap ni dalam satu bekas atau plastik kecil.

Korang yang mana baru first time tu,trylah mesti kalau korang dah balik confirm korang rindu punya.. :mrgreen:

Selain goreng-gorengan kebiasaannya sambal kicap ni kitaorang bangsa johor,campur dalam soto,mee sup, atau makanan berasaskan sup-sup, macam sup ayam ke,sup daging ke..uihhhh ngences lak Cheta bercerita ni  😆

Tak susah mana pun nak membuat sambal kicap ni ha….korang nak ke kalau Cheta nak share Resepi Sambal Kicap ni? boleh korang buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais, nak makan tinggal ambil je.

Sambal kicap ni lagi lama kita simpan lagi sedappp oooo..tak percaya meh cuba buat resepi sambal kicap ni..bahan-bahan pun simple je.

Resepi Sambal Kicap Johor

 

Bahan-Bahannya;

10-12 batang cili padi hijau dan merah (Cheta suka campur-campur)

5-6 biji bawang putih

2 biji limau kasturi

Gula

Garam

Perasa

Kicap Manis (Secukupnya) tak kisah jenama apa pun.

resepi sambal kicap johor cara nak buat sambal kicap johor

Cara-Caranya;

 

  1. Kalau nak sambal kicap tahan lama boleh sangai (goreng tanpa minyak) semua lada cili dan bawang tadi.
  2. Satukan semua dalam blender dan kisar. (ada juga yang pakai lesung batu, nak pakai pun boleh je tak de masalah pun)

Siap dahhh…senang je kan.Ada yang suka campur dengan bawang goreng,ada juga yang tak suka,ikutlah citarasa memasing.Kalau Cheta sambal kicap ni memang sentiasa ada dalam peti ais,buat stok…hahahha al maklumlah orang johor kan,senang kalau masak soto ke, goreng-goreng tempe tu uihhh boleh terus cicah dengan gembiranya .. :mrgreen:

Dah siap bolehlah simpan dalam peti ais,lagi lama lagi sedap tauu.. Selamat mencuba  😆

 

Resepi Sambal Kicap Johor (VIDEO)

 

 

Resepi Ikan Kembung Masak Singgang Berserta Video (KLIK SINI)

Resepi Sambal Belacan Berserta Video (KLIK SINI)

 

Cheta Eita

HP Num; 6012.7555.470

Wassap: www.wasap.my/60127555470/resepiSambalKicapJohor

FB: Cheta Eita

FP: Kedai Vitamin Shaklee Pontian Johor

Web:mahligaivitamin.com

Youtube: http://bit.do/YoutubeChetaEita

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge