resepi-ikan-kembung-masak-singgang-resepi-singgang-ikan-kembung

Resepi Singgang Ikan Kembong Simple Berserta Video

Resepi singgang? Haaa.korang mesti tengah cari resepi singgang kan. Cheta nak masak singgang ikan kembong ni,walaupun masakan ni simple dan mudah ,tapi kalau kena gaya masakkan dia..silap hari bulan memang boleh terangkat tau,lagi-lagi kalau makan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman…fuhhhh…

RESEPI DAN CARA BUAT SAMBAL BELACAN BERSERTA VIDEO (KLIK SINI)

Sebenarnya masak singgang ni mudah sangat,orang kata main campak-campak je pun confirm jadi kan..tak payah nak beriya-iya sangat ha… :mrgreen:

Ok jom Cheta nak masak Ikan kembong masak singgang ni..

Resepi Singgang Ikan Kembung

 

Bahan-bahannya:

Ikan kembung ikut suka korang nak berapa ekor,

Bawang putih 4-5 biji  di hiris,

Bawang merah 2 biji di hiris juga (dalam video tu Cheta guna bawang holand,guna apa yg ada je :lol:)

Halia 2 inici di hiris,

Kunyit hidup 2 inci di hiris,

Asam keping,

Garam,

Perasa,

Cili Padi (ikut suka,kalau nak letak)

resepi-singgang-ikan-kembong-resepi-ikan-kembung-masak-singgang

 

Cara-caranya:

 

  1. Panaskan minyak dulu dalam periuk,agak-agak periuk dah panas tu,boleh lah tumis bahan-bahan hirisan tadi,boleh tumis sampai naik bau wangi tau..bukan naik hangus  😛
  2. Lepas tu boleh dah masukkan air,haa air ni tak de sukatan tau,ikut suka koranglah kalau nak kuah banyak mana,jangan cair sangat nanti tak sedap pulak.
  3. Pastu dah boleh ler campak ikan asam keping dan ikan,tunggu sampai mendidih dan ikan tu empuk..Dah mendidih tu bolehlah dah masukkan perisa,garam tu semua..

Alahhhhh senang jelan…sambil pejam mata pun boleh lah…ewahhhh…korang makan dengan nasi panas dan sambal belacannnn fuhhhhh nikmat amat.. :mrgreen:

Resepi Singgang Ikan kembung Versi Video Cheta

 

Selamat Mencuba.  :mrgreen:

 

Cheta Eita

HP Num; 6012.7555.470

Wassap: www.wasap.my/60127555470/ResepiSinggangIkanKembong

FB: Cheta Eita

FP: Kedai Vitamin Shaklee Pontian Johor

Web:mahligaivitamin.com

Youtube: http://bit.do/YoutubeChetaEita

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge