cara-buat-sambal-belacan-resepi-sambal-belacan2

Sambal Belacan- Cara Buat Sambal Belacan Sedap Dan Mudah Berserta Video

Sambal belacan ni ada macam-macam versi rupanya kan. Cheta pun baru tahu. Alkisahnya nilah first time Cheta nak buat sambal belacan, semuanya gara-gara Mr Hubby yang nak makan..tapi itulah sambal belacan yang Mr hubby nak ni katanya nak yang melekit-lekit.. 😯

Sambal Belacan Yang Melekit-Lekit

 

Sambal belacan yang melekit-lekit.. 🙄 ya ampun macam mana pulak gayanya..hahhaha..sebabnya seumur hidup sambal belacan mak cheta berair, al maklumlah mak pakai blender ajer. Malas bebeno nak menumbuk-numbuk bagai ni..bz wehhh..hahhaha tak de masa nak hadap lesung batu bagai. Maka tekan jerlah blender.

Mr Hubby nak membayangkan kelekitan sambal tu siap dia google haa..memang kebanyaakkan semua berair sampailah ada juga yang dia jumpa yang melekit-lekit tu..makanya bini dia ni menerailah cara buat sambal idaman hati dia tu…hahahha

Sambal belacan ni,syok kalau makan dengan ulam-ulam, kuah singgang ke kan.next entry ni Cheta akan bagi resepi Ikan kembung masak singgang..fuhh makan dengan nasi panas ada pulak ulam-ulam macam daun ulam raja ke,petai ke ,jering ke(ohh ni Cheta tak pandai makan) tapi jering ni kegilaan Mr Hubby dan mak hahhaa…

Jangan salahkan Cheta kalau korang makan nasi bertambah-tambah nanti hahahha…ok jom Cheta bagi resepi berserta Video.

Resepi Sambal Belacan Cara Cheta

 

Bahan-bahannya;

 

cara-buat-sambal-belacan-resepi-sambal-belacan3

 

Lada Merah 4-5 batang,

Lada Cili hijau dan merah (kalau suka pedas,boleh letak banyak)

Belacan 1-2 inci (Di bakar dahulu)

2 biji Limau Kasturi

Gula

Garam

Perasa

Cara-Caranya;

 

Bahan-bahan seperti lada merah,lada cili hijau dan merah serta belacan tu di sangai(goreng tanpa minyak) terlebih dahulu..sangai sampai layu tau..

cara-buat-sambal-belacan-resepi-sambal-belacan1

Bila nampak dah layu tu,dah bolehlah menumbuk guna lesung batu,barulah ada ummpp dan terserlah keaslian sambal belacan tu kan.

cara-buat-sambal-belacan-resepi-sambal-belacan

Bila dah lumat tu, dah boleh perasakan sambal dengan gula,garam dan perasa. Pastu boleh perahkan limau dan gaul-gaul supaya sebati.

tu jerlah haa..selamat mencuba..senang jekan.

Respon Mr Hubby

 

Perghhhh…jadi ma..jadi sambal belacan ko ni..hahahha inilah baru sambal belacan haa..sedap wehhh..maka hari tu bertambah-tambah nasi Mr hubby makan,kena pulak dengan masak Ikan kembung singgang dan ulam petai  😛  😛 hahahahha.. maka korang bolehlah try test buat haa…

Haaa…boleh dah tengok video Cheta ni..

Cheta Eita

HP Num; 6012.7555.470

Wassap: www.wasap.my/60127555470/resepiSambalBelacan

FB: Cheta Eita

FP: Kedai Vitamin Shaklee Pontian Johor

Web:mahligaivitamin.com

Youtube: http://bit.do/YoutubeChetaEita

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge