Throwback: Detik Cemas Mr Hubby Kemalangan

Erm…lama dah kan kisah ni…saja nak abadikan dalam blog ni…masa excident ni 25/11/2015 jam lebih kurang 730malam…o the way nak balik rumah company dari rapid project penggerang…

Dapat call masa ni dm lebih kurang 8mlm…ada perempuan yang call bgtau hubby excident then adik ni pass pada Mr Hubby. Perasaan ??? Hem..mula debo gak..tapi bila dengar suara then bleh chill sikit ah…masa dapat call ni actually Mama kat luar kat bandar. First thing call akak Mrhubby yg kat adela suh minta tolong tengokkan..sbb lokasi akak paling dekat lah…call..call tak angkat..then call amy adik Mr Hubby alhamdullilah berangkat…mention tempat pada dia..suruh dia pergi check dulu..even jauh sikit tapi boleh lah reach dulu berbanding mama yang bertambah jauh ni..lagi dok kalutdengan anak2 lagi..

After that terus lah drive balik rumah..packing everything yang di rasakan logik..then terlupa nak call abah mentua..call amy lagi suh inform ngan abah..huhu…sampai rumah..cakap ngan anak sulung ica..papa excident…reaksi dia…melalak bagai nak giler…inas relax..siap ketawakan akak dia lagi…siap bebel2 lagi marahkan papa sebab ride lelaju ….huhuhu…

Mama…walau dalam hati ada debor..tapi kena chill demi anak2.. Siap2 terus drive ke kota tinggi di temani parents and anak2..drive dengan budak kecik yang dah free diapers tahu jelah..sat2 dia kata ma nak kencing..tambah lak malam..sejuk kan..so memang stop 3,4 x dengan keadaan hujan lagi..mmg slowly drive.

Pertengahan jalan dapat call dr amy katanya papa di transfer dari klinik ramunia pergi ke hospital kota tinggi..so mama pun direct lah terus ke hospital kota tinggi..sampai sana lebih kurang pukul 11malam..jumpa kawan papa…katanya papa kat dalam bilik tengah xray.. Dia kata maybe ada patah pinggul erk…patah??.. Hemm…

Tunggu dalam lebih kurang 10 minit papa keluar…then ikutlah masuk wad kecemasan tu..isi detail kat file then tengok xray…ada fracture kat tulang pinggul…nampak kat xray mcm panjang..diskuss…diskuss then they all decide transfer HSI malam tu juga..diaorg kata terpulang pada pakar sana..if needed diaorg kena buat emergency operation…huhuhu…

Jumpa papa jap…ulang kali say sorry..cakap dia dah hati2 dah…tak laju pun 60km/j je bawak..jalan gelap..jalan baru bukak…nothing hazards kat depan tau2 ada piling melintang 2 biji depan jalan…huhu..benda dah jadi…redha jelah…motor terbang tuan badan pun terbang…yang sedihnya papa cakap dia lapar yang amat..yerlah baru balik keje kan…

Bagilah air…then nurse tegur..puan jangan bagi air..sebab takut nak operation nanti kenalah puasa..huhu sabor jelah..

Masa nak transfer tu dalam pukul 1230am..ambulans pergi dulu..mama follow dari belakang..mujurlah ada waze…kalau nak harapkan ambulan mau tercicir..laju tu tak sanggup nak kejor ambulan diaorg dah expert bawak laju..huhu..

Sampai HSI pukul 2am terus pergi emergency zone kuning…tengok papa dah atas katil…doc datang..diskuss ngan doc..doc kata nti ahad kita buat xray if rasa fracture tu menampung berat badan then we decide to operate..if not nothing happenlah…just consume some suplement like calcium for support the bone to grow..gitu doc cakap…doc indian ladies..mujur gaklah mama bolehlah speaking gak..nak kata berabuk tu idok ler…hahaha..

Yang tak bestnya kalau need operation pn kena masuk waiting list…tunggulah giliran..berapa lama??..few month gak doc kata..sementara nunggukan ahad diaorang pasang pemberat dulu..supaya tulang tak lelari..hihi..dah tak operation kan boleh lah makan.

.

.

Turun lak mama ke bawah mencarikan makanan..mujur kedai runcit kat lobi tu 24hours..dapatlah beli roti2 dan air ..naik balik atas..terus suap makan…tengok luka2 gak kat tapak tangan…hemm ni mesti tak pakai glove..kalau pakai glove tak kan luka punya

Sementara anak2 and parents menunggu kat ruang parking..yerlah dah emergency manalah diaorang boleh masuk kan…siap settlekan eerything pukul 3am gerak balik ke pontian…sampai pontian pukul 4 am.. Mandi2 tapi tak mampu nak lelapkan mata…

Kemas2 barang2 papa apa yang patut utk di bawa kehospital esok…sesambil update apa yang patut di fb sebab  masa tu papa x der hp..so memudahkan kawan2 nak datang melawat..

Ni antara gambar2 masa excident yang sempat kawan2 papa ambik…

Huhu kesian haa..comot kotor sebab masa ni hujan..

Depan memang hancur berkecai…

Tayar Depan 

Hemm…sebenarnya ada sambungan..tapi entah tetiba gone..huhuhu nangis..tak perlah nanti kita sambung lagi yer..


Salam Sayang:

MaMa Chantique @ Mahligaivitamin.com

Whatsapp/telegram /sms : 012.7555.470

FB Page : mahligaivitamin

InstaGram : mamachantique_vitamin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge