Tips Cuci Barang Kemas Supaya Berkilau Dan Bersinar Di Pagi Raya

Amboiii..tajuk tak ingat tu…hehe yerlah dah nama pun raya kan…tipu lah kalau tak pakai seutas dua barang kemas kan… ^__^’ paling-paling tidak pun gelang tangan, yerlah kalau pakai rantai kang..mana nampak kita dah bertudung..tak kan lah diaorang nak menyelak pulak kan……adoiii…

tips kilat barang kemas

Barangan kemas jangan lama sangat di simpan dalam peti harta karun yer..sebab  jika terlalu lama barang kemas tak di pakai boleh menyebabkan kena bayar zakat emas…kan..kan..

So dah nak raya ni..sila check balik ader ke tidak barang kemas tu dalam peti harta karun..HEHEHE.. ^__^..kalau ada cuba tengok elok lagi ke keadaannya..sebab kadang kala emas yang di simpan lama ni dia cepat kusam kan, tak caya pergi beli emas baru dan bandingkan dengan emas kita yang lama…lain kan…kan…

Style MaMa kalau bersihkann barangan kemas ni senang je…amik berus gigi yang dah tak pakai tu..amik ubat gigi..gosok jelah baran kemas tu..insyaAllah berseri lah balik..tak yah susah-payah nak hantar kedai cuci bagai..

Tapi kan ari tu MaMa ada terbaca orang gilapkan barang kemas guna pati teh, tak pasti mungkin serbuk teh atau uncang teh macam lipton tu ke.

Caranya mula-mula dia rendam dulu barang kemas dengan pati teh tu dalam besen atau mangkuk biarkan semalaman. Lepas tu keluarkan barang kemas tu satu persatu sambil mengosoknya mengunakan berus gigi lama, berus lah celah-celah tu dengan cermat dan teliti yer… lepas dah sudah tu bilas dengan mengunakan air bersih.

Bentangkan tisu lembut atau kain linen, biarkan barang kemas tu kering sendiri ( Peringatan jangan bentangkan kat kawasan orang lalu lalang pulak kang tak pasal je barang tu hilang…huhuhu )

Bila dah kering tu simpan balik dalam peti harta karun, dan dah boleh di gayakan pada pagi Syawal nanti yer..

Selamat mencuba.

Salam Sayang, 

MaMa Chantique

012-7555470

Leave a Comment

Your email address will not be published.