TIPS MENGATASI ANAK SUKA MENGUTIP

Pasti ibu-ibu pernah mengalamikan situasi anak yang suka mengutip kan? Tak kiralah samaada anak itu baru pandai mengesot,merangkak atau berjalan tatih, pasti hobi terbarunya ialah mengutip barang-barang yang di lihat di atas lantai lalu memasukkannya ke dalam mulut.

Ibu-ibu janganlah menjerit atau memarahi anak-anak tersebut kerana sebenarnya bayi yang sedang meningkat usia sedang berekplorasi dengan dunia sekelilingnya,begitulah kaedah pembelajaranya.



BAYI ANDA SEDANG BELAJAR MEMAHAMI

Bayi memahami dan mempelajari sesuatu benda dengan menjelajahi perkara-perkara yang berada di sekelilingnya, ia sedang cuba memahami sesuatu benda. Menurut teori perkembangan kognitif oleh Piaget, bayi melalui fasa pertama yang di panggil sensorimotor stage. Bayi mengenali persekitaran dan memahami dirinya mengunakan deria termasuklah lidah,mata,telinga,hidung dan kulit (bermaksud bayi merasa kepanasan dan kesejukan)

Sebab itulah kita biasa lihat kanak-kanak terutamanya cukup teruja bila melihat api lilin kan,
mereka akan cuba untuk memegangnya. Apabila tahu api itu panas mereka pasti tidak akan memegangnya lagi. Itulah sebenarnya cara pembelajaran mereka. Dan itulah juga sebab kenapa bayi terlalu sukakan aktiviti mengutip..kerana mereka sedang belajar dan cuba memahami alam sekeliling mereka. Mereka tidak akan tahu dan faham sebenarnya tindakan mereka itu berbahaya dan berakibat buruk pada kesihatan.

Justeru itu,kita sebagai ibu bapa, dan sebagai orang yang lebih dewasa sepatutnya wajib memastikan ruang permainan ataupun rumah kita sentiasa bersih dan tiada barang-barang kecil dan berbahaya yang bersepah di lantai yang boleh menyebabkan bayi kita mengutip dan seterusnya memasukkannya ke dalam mulut.

Dengan itu kebersihan rumah kita akan sentiasa terjaga,dan membuatkan bayi kita lebih selamat dari risiko tercekik. Persekitaran dan rumah yang bersih pastinya membuatkan seisi rumah kita hidup dalam keadaan yag sihat dan bahagia.

Sayangi keluarga anda dan bayi kecil anda,semoga info di atas bermanfaat untuk anda seisi keluarga.

Salam Sayang;

MaMa Chantique @ MahligaiVitamin

012-7555470

Pengedar Shaklee Johor Bahru

Hana ( 60134136748)

pengedar-shaklee-komtar-jbcc-johor-bahru 

Pengedar Shaklee Kuching Sarawak

Dayang (6017.844.1515)

pengedar-shaklee-kuching-sarawak-pengedar-shaklee-miri-sarawak-pengedar-vivix-shaklee-agen-shaklee-sarawak2 (1) 

2 thoughts on “TIPS MENGATASI ANAK SUKA MENGUTIP”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge